The human heart feels things the eyes cannot see and knows what the mind cannot understand...The Prophet SAW said: "Allah does not look at your appearance or property, but only at your hearts and works."
Monday, November 12, 2012
Sunday, November 11, 2012
Sakura di USM ^_^
Satu petang yang indah lagi tenang, aku jalan balik dari kuliah dengan mizah,syahirah dan dalam perjalanan nak balik tu,kami ternampak dua pokok besar dekat sebelah Dewan Utama berbunga warna pink(xtaula pulak nama pokok tu apa). Sebelum ni tak berbunga pun, tiba2 ada. Jadi, kami pun pergi dekat pokok tu dengan perasaan yang pelik dan excited nak tengok.
Pokok tu besar, cantik dan bunganya sangat banyak...Subhanallah...yang paling menakjubkan, bunga2 pokok tu luruh, gugur atas rumput bukan satu,dua tapi banyak sampai kami rasa ada dekat Jepun di samping pokok sakura yang gugurkan bunga2 dia (berangan je nih).
Tapi yang peliknya sejak bila Malaysia ada musim luruh..hehe..tapi xpalah..mungkin ada pokok macam tu yang wujud dekat negara kita ni yang akan berbunga dan luruh ikut peredaran masa. Perasaan kami waktu tu betul2 macam ada dekat Jepun..seronoknya..tak payah pegi Jepun, USM pun ada sakura...:)
Tapi kalau nak bandingkan dengan pokok sakura yang betul dekat Jepun tu, memang lain la..xdala sebijik sama...mungkin sebab warna bunga dia pink dan banyak luruh atas rumput..jadi nampak macam pokok sakura...
SAKURA DI JEPUN
SAKURA DI USMSemua muka bahagia..excited jumpa bunga2 jatuh dari atas macam hujan kot..dan bertaburan atas rumput. p/s : bila la pokok ni nak berbunga dan luruh lagi?
Epal dan wanita
Sebelum ni pernah dengar wanita seperti rama2, bunga mawar berduri, dengan semalu je, tapi kali ni epal. Kenapa epal? Silala baca kat bawah ni..:)
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah tetapi epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak.
Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau kenapa ia belum dipetik lagi?
Lantas ia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan diri ke tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar sesuai dengannya sahaja yang mampu memilikinya.
"Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya. Jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan Allah berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…Ingatlah, bagi wanita maruah adalah segala-galanya."
Subscribe to:
Posts (Atom)