Sunday, November 11, 2012

Epal dan wanita

Sebelum ni pernah dengar wanita seperti rama2, bunga mawar berduri, dengan semalu je, tapi kali ni epal. Kenapa epal? Silala baca kat bawah ni..:)
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah tetapi epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau kenapa ia belum dipetik lagi? Lantas ia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan diri ke tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar sesuai dengannya sahaja yang mampu memilikinya.
"Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya. Jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan Allah berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…Ingatlah, bagi wanita maruah adalah segala-galanya."

No comments: