Setiap anak Adam baik lelaki mahupun perempuan pasti akan diuji oleh Allah SWT dalam rangka menguji keimanannya kerana orang mukmin akan memahami bahawa di sebalik sebuah ujian akan ada kebaikan yang akan diperoleh. Allah SWT memberikan ujian dengan pelbagai cara :
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah:155)
Apabila kita menghadapi sesuatu perkara yang sukar, sebagai manusia biasa pasti ada di antara kita yang mengeluh. Dan kadang-kadang ada juga yang tidak dapat menerima kenyataan dan lebih parah menyalahkan Allah kerana musibah yang menimpa. Tapi sebagai seorang mukmin, kita mungkin lupa satu perkara, iaitu ujian Allah datangnya 'bersebab' untuk melatih sifat sabar, melatih kita menjadi seorang yang tabah, kuat serta tanda Allah sayang kepada kita.
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Surah Al-Baqarah ayat 155 menyatakan "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar". Jadi, untuk menghadapi segala ujian, mehnah dan tribulasi, kita haruslah bersabar dan banyakkan berdoa. Doa itu senjata mukmin . Kita minta pertolongan daripada Allah SWT dan yakin denganNya..insyaAllah kita akan berasa tenang dan kuat setiap kali ditimpa ujian. Allah itu dekat dan penuh kasih sayang, Dia akan mendengar rintihan hambanya dan sentiasa bersama kita.
No comments:
Post a Comment